Anda boleh menukar fail dalam akaun Dropbox anda kepada PDF atau imej (.jpg, .png). Anda juga boleh menukar fail video kepada .mov atau .mp4.
Untuk menukar fail di dropbox.com:
- Log masuk ke dropbox.com.
- Tuding pada fail yang anda ingin tukar dan klik "..." (elipsis).
- Tuding pada Simpan sebagai… dan klik format fail yang dikehendaki.
Fail yang anda tukar akan muncul dalam folder yang sama dengan yang asal. Sekiranya anda tidak melihat fail yang ditukar, muat semula pelayar anda.