Belum menggunakan Dropbox lagi? Lihat bagaimana Dropbox menjadikan penyelarasan fail mudah.
Apakah yang perlu saya lakukan sekarang?
Cara terbaik untuk menyelesaikan salinan bercanggah ialah dengan membandingkan kedua-dua versi dan menggabungkan salinan tersebut secara manual.
Salinan bercanggah boleh berlaku pada semua jenis fail. Jika anda menggunakan Microsoft Word, anda boleh membaca artikel bantuan mereka tentang cara membanding dan menggabungkan dua dokumen.
Bagaimana untuk mencegah salinan bercanggah daripada berlaku lagi?
Cara terbaik untuk mengelakkan salinan bercanggah ialah dengan bekerjasama pada fail dalam masa nyata menggunakan program seperti Dropbox Paper atau Microsoft Office Online. (Dropbox Paper disertakan percuma dengan langganan utama anda).
Jika anda berkolaborasi dengan rakan sekerja menggunakan lambang Dropbox, anda boleh klik ✗ (muat turun) apabila digesa oleh lambang untuk memuat turun versi fail terkini, yang termasuk sebarang perubahan yang telah disimpan oleh rakan sekerja anda.
Ketahui lagi tentang lambang Dropbox.
Jika anda tidak dapat bekerjasama dalam masa nyata, cara terbaik untuk mengelakkan salinan bercanggah yang seterusnya ialah dengan mengalih keluar fail daripada folder Dropbox semasa anda bekerja supaya tiada sesiapa yang boleh mengaksesnya. Setelah anda selesai menyunting, anda boleh mengalihkan fail itu kembali ke lokasi asal.
Selain itu, ini beberapa petua lain yang boleh dicuba:
- Cipta satu folder baru yang bernama ”Sedang Digunakan” untuk semua fail yang sedang diusahakan supaya kolaborator anda tahu untuk tidak melakukan sebarang perubahan.
- Untuk pasukan Dropbox: Apabila lambang Dropbox memberitahu anda bahawa individu lain sedang mengedit fail, selaraskan dengan individu tersebut untuk mengedit secara bergilir-gilir.